PENULIS:AMY BATRISYA
HARGA ASAL:RM18.00
HARGA JUAL:RM12.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Marina dalam kepasrahan apabila dicintai oleh pemuda yang pernah menjadi teman sepermainan sejak kecil lagi iaitu Hakimi. Pada masa yang sama dia ingin menjaga Bani yang ditinggalkan di rumah anak-anak yatim. Bani tidak diterima langsung oleh abahnya. Marina takut menerima cinta Hakimi kerana khuatir tidak mendapat restu keluarga. Apatah lagi kisah silam kedua-dua keluarga mereka masih tercalit di hati sehingga mereka meningkat dewasa. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Marina tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Apakah yang perlu dilakukan untuk menerima cinta Hakimi? Siapakah Bani di hatinya? Apakah kisah silam yang menghantui diri mereka berdua?
TAJUK:JANJIKU BERSAMAMU
PENULIS:ALEYA ANEESA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk menitilorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pulayang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun,itulah penawar dalam hidupnya.
Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.
Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.
Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

TAJUK:CINTA RAHSIA
PENULIS:LIZA ZAHIRA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Ayu Kartika terperangkap antara cinta dan cita-cita. Dalam membina kerjaya, dia telah bertemu Adam Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Communication, sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan milik bumiputra.
Adam yang sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya Farah Aina, terpaut hati pada Ayu. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Adam telah membatalkan majlis tersebut. Dia telah menjejaki Ayu di Cherating. Salbiah, tidak dapat menerima keputusan anaknya itu Dia telah mengalami tekanan perasaan. Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, Adam ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh.
Dr. Zabidi bersepakat dengan Ayu untuk membantu memulihkan Adam. Takdir telah menemukannya dengan Maisarah dan Daniel Hakimi, saintis muda dari Florida. Daniel telah membantu memulihkan Adam. Adik Adam, Hairil pula muncul dan menambah lagi kerumitan. Pada masa yang sama, Farah Aina cuba berbaik dengan Hairil, bekas kekasihnya. Kay yang hamil anak luar nikah hasil hubungannya dengan Hairil menaruh harapan pada Adam untuk menjadi bapa kepada anaknya. Kemuncak kisah ini berlaku apabila Farah Aina akhirnya dibunuh oleh Hairil. Lelaki itu pula dijatuhkan hukuman mati.
Tetapi dendam Farah Aina tidak berakhir di situ kerana Kay pun memusuhi Ayu hingga mendorong dia merancang untuk membunuh gadis itu. Terbukakah hijab yang menghalang hubungan Ayu dan Daniel?

TAJUK:CINTA PERTAMA
PENULIS:HASLINDA ISMAIL
HARGA ASAL:RM23.90
HARGA JUAL:RM18.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:NISHA… dalam dilema kerana dianak tirikan oleh ibunya sendiri tanpa sekelumit kasih sayang. Melarikan diri adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan diri pada ibunya. Dalam kegetiran dia belajar sebagai pelajar jarak jauh dan juga bekerja keras demi mencari wang untuk perbelanjaan dirinya, dia terpaksa berhadapan dengan peristiwa yang tidak pernah disangka-sangka. Dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya kerana salah faham. Walaupun perkahwinannya tanpa dirancang tetapi dengan kehadiran lelaki yang bernama sang suami membuatkan dirinya bahagia kerana itulah cinta pertamanya.Dalam membina kebahagiaan rumah tangganya dia berhadapan pula dengan bekas isteri suaminya, kerana salah faham dia juga telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya tanpa mengetahui bahawa dia sedang mengandung dan juga menghidap kanser rahim. Demi kasih sayang pada suaminya Irwan, Nisha juga merahsiakan penyakitnya dan ingin melahirkan anaknya walaupun dia tahu dirinya kini dalam bahaya. Adakah Nisha dapat mengembalikan cinta suaminya? Mampukah Irwan menghadapi saat-saat isterinya yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya?
TAJUK:AIR MATA KASIH
PENULIS:SYAMIMI AMINOLAH
HARGA ASAL:RM25.90
HARGA ASAL:RM20.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusikdan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala diamerajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaranmasa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaanyang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayangkan wajah'Abang Qimi' yang tidak terjangkau dek bayangannya. Kacakkah? Atau
seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Danrahsia hati disimpan kemas dalam diri... Walau sesekali terdetik jua;ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagaiada ceritanya... misteri tersembunyi antara Ain dan Haqimi. danbenarlah... 'Abang Qimi' adalah orang yang serupa. 'Abang Qimi' ialahmajikannya... yang sering mengusik dan membulinya seperti zamankanak-kanak mereka dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa...bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun
'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malah, tanpa pamitan...menjadikan Ain insan kesepian.
'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malah, tanpa pamitan...menjadikan Ain insan kesepian.
TAJUK:TIADA NOKTAH CINTA
PENULIS:EMMA MAIZURA
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM11.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Kisah yang menyayat ini mampu membuai perasaan anda. Fitrah yang masih dibelenggu peristiwa hitam ketika dia berperwatakan ''tomboy'' takut menerima cinta Daniel. Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin dengan Ismadi bertukar menjadi igaun ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah.
Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan.
Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan.
TAJUK:TERZAHIR DISANUBARI
PENULIS:ADRA ADLINA
HARGA ASAL:RM25.90
HARGA JUAL:RM20.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Analia seorang gadis sederhana yang menjadi posto di saat perhatian para jejaka tertumpu pada teman sekampungnya. Namun ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan Ejal tertawan untuk bersahabat dengannya, ‘Bom jangka’ adalah gelaran untuk lelaki itu di awal perkenalan. Tanpa diduga, muncul pula Nafiz yang tidak pernah tergambar di fikiran Analia untuk menjadi peminatnya. Dia teruja disebabkan suatu peristiwa yang masih berbekas di hati. Tanpa paksaan, Analia sedar bahawa dia perlu mengadili berdasarkan hati dan perasaan.
TAJUK:SENAFAS RINDU
PENULIS:DAMYA HANNA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Fariz amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu.Terjadilah pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati. Marah, geram dan gembira bercampur baur.Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
TAJUK:KAU KEKASIHKU
PENULIS:ANIS AYUNI
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.
Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?
TAJUK:JANGAN ADA DUSTA
PENULIS:SRI DIAH
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Wajarkah dia mengendong dosa semata-mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti? Rasa cinta yang subur itu mesti dimatikan tiba-tiba. Segala denyut kasih dan sayang itu mesti dibunuh segera. Mesti!
Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri, Adi Fitri. Tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartomo terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu?
Datin Saerah yang dulunya `si kucing Parsi’ sudah bertahun-tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk-cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah! Dan Datuk Syed Syamim masih lagi mampu tersenyum!

TAJUK:KUTEMUI CINTA
PENULIS:NURAQILAH SYUHADA
HARGA ASAL:RM22.90
HARGA JUAL:RM17.00
UNIT:1
SKALA:8/10
SINOPSIS:Adam sering memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Namun, tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan gadis bernama Nadya. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Pemergian Hafiz memberi kesedaran kepada Adam namun dia tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya. Ketika itu muncullah Rafi yang turut menyimpan perasaan terhadap Nadya. Hakikatnya siapakah pilihan di hati Nadya? Adam atau Rafi?