Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat,
"Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, Ya Rasullah".

Balas Rasulullah, 
"Sudah tentulah malaikat luar biasa imanya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah"

Seketika terdian para sahabat, menjawab lagi,
"Para nabi, Ya Rasulullah".

Rasulullah berkata, 
"Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah".

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu kamilah yang paling beriman".

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah2 kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman".

Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui".

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata,
"Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku, adalah orang yang bahagia


Selamat menyambut Rabiul Awal bulan kelahiran Rasulullah SAW.
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.