Friday, January 21, 2011

SALE - SINOPSIS NOVEL PART 1

TAJUK NOVEL:SERIBU KALI SAYANG (SOLD)
PENULIS:ANIS AYUNI
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS: SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.
Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?


TAJUK:SELAGI ADA DIA (SOLD)
PENULIS: AISYA SOFEA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?


TAJUK:YANG SEBENARNYA
PENULIS:AISYA SOFEA
HARGA ASAL:19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!


TAJUK:BUATMU KEKASIH
PENULIS:AISYA SOFEA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Novel yang memuatkan lima novel terdahulu beliau ini merupakan titik sambungan dengan melakarkan sebahagian watak-watak yang pernah dicipta oleh Aisya Sofea.Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.


TAJUK:HANYA KITA BERDUA
PENULIS:AINA EMIR
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT: 2 (1 sold)
SKALA:9/10
SINOPSIS:Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?


TAJUK:TERNYATA CINTA
PENULIS:DAMYA HANNA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:2
SKALA:9/10
SINOPSIS:PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!
ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.
IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.


TAJUK:CINTA SEORANG KEKASIH
PENULIS:ELEE MARDIANA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT: 1
SKALA:9/10
SINOPSIS:NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa. Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh. Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?


TAJUK:BAYANGAN RINDU
PENULIS:ANIS AYUNI
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini. Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan. Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.


TAJUK:CINTA KAU DAN AKU
PENULIS:SITI ROSMIZAH
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius."Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

TAJUK:ADA CINTA DI HATI
PENULIS:EMMA MAIZURA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?


TAJUK:KALAU ADA JODOH
PENULIS:MIMIE AFINIE
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya.Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.


TAJUK:SENYUMAN MANISMU
PENULIS:RANIA FIRDAUS
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:2
SKALA:9/10
SINOPSIS:AIN ingin bahagia seperti gadis lain. Kehilangan ibu pada usia yang terlalu mentah, berpisah dengan satu-satunya abang yang dimiliki dan membesar bersama keluarga tiri, memberi banyak cabaran kepadanya. Apatah lagi ayah sendiri bagaikan memusuhi dirinya kerana dialah punca isteri tercinta meninggal dunia.Lebih malang, apabila dia diusir dari rumah. Membawa diri ke ibu kota adalah jalan sebaik-baiknya. Satu demi satu halangan ditempuhinya dengan hati yang cekal. Di situlah dia belajar erti hidup daripada Fadilah dan Fariz. Ternyata di tempat orang, dia harus berusaha. Bertemu jodoh dengan sepupu sendiri menggamit kemanisan yang diharapkan. Namun, mendung muncul tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja Zafran bukan lagi seorang suami yang penyayang. Darlina, bekas teman wanitanya datang mengganggu. Ain pasrah mengundur diri demi lelaki yang dicintainya. Mungkin kebahagiaan memang tidak akan pernah sebati di dalam hidupnya. Ketika hubungan mereka berdua sedang meruncing, Zafran tersedar akan khilafnya. Dia tahu silapnya membiarkan diri dikaburi oleh perasaan sendiri. Lantas dia berazam untuk memulihkan keretakan rumah tangganya, namun untuk mengubati hati yang luka, banyak dugaannya. Dapatkah Ain menerimanya kembali setelah dia melukai sekeping hati yang cukup luhur?


TAJUK:BIARKAN AKU MERINDU
PENULIS:LILY SURIANI
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:NAMANYA Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya. Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin hari semakin usang.“Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah aku.”


TAJUK:CINTA KEPALA BATU (SOLD)
PENULIS:AYU EMELDA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara. Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya. Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda. Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...


TAJUK:HANYA KAU KUSAYANGI
PENULIS:CAHAYA IZZATI
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Anis Madiha merupakan seorang pereka laman yang baru berusia 24 tahun. Tapi dia telah pun mempunyai seorang anak lelaki, Aiman yang berusia 6 tahun. Selama dia membesarkan Aiman, dia tak pernah mempedulikan kebahagiaan dirinya. Segala-gala yang dilakukan adalah untuk kepentingan Aiman. Namun, anak yang kian membesar itu memerlukan bimbingan dan kasih sayang seorang lelaki yang boleh dipanggil ayah. Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan kepada anak kecil itu. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah walaupun Anis Madiha tak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Tengku Aidil Ezzary pula kian sayangkan anak kecil itu seperti dia sayangkan Anis Madiha. Aiman bukan penghalang cintanya. Malah anak kecil itu melengkapkan kebahagiaan dia. Namun, Anis Madiha masih teragak-agak untuk menerimanya. Takut sekiranya lelaki itu hanya bermain kata di bibir sahaja. Takut andainya semua janji yang ditaburkan hanyalah janji kosong. Tapi, satu demi satu dugaan yang mendatang membuatkan pendirian keras Anis Madiha kian goyah. Lelaki itu mula memberi makna buat dirinya dan anaknya. Dia tega menerima kehadiran lelaki itu. Sedangkan semua dugaan itu bukanlah untuk menyatukan mereka sebaliknya untuk memisahkan mereka. Setelah cinta mulai bersatu, dugaan yang hebat datang menduga lagi. Kini, mampukah Tengku Aidil Ezzary berpegang kepada janjinya untuk tak mengecewakan gadis itu? Dan setiakah Anis Madiha mengubat rindu di hati bila lelaki itu pergi buat seketika? Hanya masa dan kekuatan cinta mereka sahaja yang mampu menjawab segala persoalan itu....

TAJUK:BILA DAH SUKA
PENULIS:MIMIE AFINIE
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.
‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernamaNurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.
MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...


TAJUK:SPANAR RINDU SKRU
PENULIS:EMMA MAIZURA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”


TAJUK:RUANG RINDU
PENULIS:ROZITA ABD WAHAB
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?


TAJUK:BIARKAN IA PERGI
PENULIS:LIZA NUR
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya, cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan untuk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yang melahirkan daya tarikan sementara. - Zaquan Zachery

TAJUK:SAKSI CINTA
PENULIS:WANA AMANI
HARGA ASAL:RM18.00
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana. Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya? Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...


TAJUK:CINTA DUA JIWA
PENULIS:RANIA FIRDAUS
HARGA ASAL:RM18.00
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:HARIZ, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...


TAJUK:KASIHKU SATU
PENULIS:AMIZA ANAZ
HARGA ASAL:RM18.00
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang di sangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas den dam tidak kesam paian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan pe rasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa.Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?


TAJUK:MEMORI
PENULIS:NAZ AREESYA AMEEN
HARGA ASAL:RM18.90
HARGA JUAL:RM15.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Dia telah berusaha menjadi seorang isteri yang sempurna untuk seorang suami. Dia tidak pernah merungut tatkala tanggungjawab rumahtangga terbeban di bahunya seorang, bahkan dia rela menjadi hamba untuk seumur hidupnya demi seorang lelaki bergelar suami. Dia hanya ingin dikasihi sebagai seorang isteri. Kenapa di dalam hatinya cuma ada cinta yang membara buat lelaki itu. Malangnya dia dituduh tanpa bukti dan dihukum sebelum diadili. Lelaki itu telah memungkiri janji sesuka hati. Di saat episod luka itu bakal berakhir, lelaki itu muncul lagi. Mencurah cinta tanpa henti, melerai rindu tak bertepi, menuntut setianya di sisi dan merayu agar dia kembali. Haruskah dia menyerahkan kasihnya yang masih bersisa di dalam hati? Atau, dia harus memberi kepada yang lebih berhak memiliki?

TAJUK:KAU TERCIPTA UNTUKKU
PENULIS:SHAHRIAH ABDULLAH
HARGA ASAL:RM18.90
HARGA JUAL:RM15.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Bermulanya episod duka Mira apabila suaminya berubah sikap. Apakah dia dapat menghadapinya bersendirian?


TAJUK:DEMI KASIH INI
PENULIS:HASREEYATI RAMLI
HARGA ASAL:RM16.00
HARGA JUAL:RM12.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal buat selama-lamanya.Benarkah? Sekian lama menyemai kasih, keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai dengan ikatan. Andai diibaratkan tinggi bintang di langit, tinggi lagi impian di hati. Sungguh, cinta mereka bukan sandiwara. Tiada apa yang bisa menjadi galang ganti. Tetapi entah di mana silap, bahtera kasih mula dilanda badai. Satu demi satu rahsia terbongkar. Ribut melanda, taufan bergelora. Tembelang pecah, retak menanti belah. Konfik demi konflik mencabar keimanan. Tambah rumit, lantaran seorang pemarah, seorang perasa. Saat itu, dunia Iriana bagaikan mahu runtuh, langit menjadi gelap dan bumi bagaikan mahu retak. Sekian lama bersabar, akhirnya dia nekad. Nekad untuk mengembalikan harga dirinya di atas nama sebuah kesetiaan. Mungkin salahnya juga selama ini, terlalu lurus bendul. Terlalu alpa, hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya dia terluka sendiri. Begitu pun, atas nama kasih... sengketa ini bukan penamat kisah. Sebaliknya, gelora cinta baru saja bermula. Dan di saat inilah terdetik di hati Iriana, pesanan orang tua wajar dipertimbangkan. Sebelum mengangguk sudi menerima lelaki, sematkan di hati bahawa percintaan itu ibarat percaturan, terlalu banyak rintangan yang tidak disangka akan terjadi!


TAJUK:DUA WAJAH
PENULIS:NAZA ADLYN
HARGA ASAL:RM16.00
HARGA JUAL:RM12.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Elisa terbaring di atas katilnya sambil tertawa sendirian. Hatinya puas. Rancangan pertamanya berjalan dengan lancar sekali. Tentu Jessica sedang berada dalam ketakutan yang teramat sangat sekarang. Inilah balasan yang harus diterima apabila cuba memporak-perandakan hidupnya. Elisa tidak sama sekali akan mendiamkan diri. Kerana cinta, dia tersungkur. Kerana benci, hidupnya berlandaskan dendam. Kerana sebuah memori usang, dia rela mengorbankan kebahagiaan demi kepuasan sekeping hati. Berbaloikah sebuah pengorbanan hanya kerana seorang jejaka? Berhargakah sebuah kemenangan apabila ia dicapai dengan kemusnahan? Adakah sinar yang akan muncul tatkala gerhana menguasai diri? Sebuah dendam penuh kebencian, hanya masa yang mempunyai jawapannya.


TAJUK:SEINDAH MEMORI
PENULIS:ILANI MYSARA
HARGA ASAL:RM16.00
HARGA JUAL:RM12.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan Aku cinta padamu mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat! Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?


TAJUK:CINTA UNTUKMU
PENULIS:SITI NUR DHUHA
HARGA ASAL:RM22.90
HARGA JUAL:RM19.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.Tiara yang  turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.


TAJUK:AKU BUKAN UNTUKMU
PENULIS:ZURIANI MUSTAFA
HARGA ASAL:RM22.90
HARGA JUAL:RM19.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Takdir pertemuan antara Mujahiddin dan Sameera membuahkan cinta abadi. Namun belenggu sisa cinta Khidir terhadap Sameera masih tidak berkesudahan.


TAJUK:SUCI WAJAH RINDU
PENULIS:ZURAIDAH OTHMAN
HARGA ASAL:RM22.90
HARGA JUAL:RM19.00
UNIT:1
SKALA:9/0
SINOPSIS:Pelangi cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yang kupintal tatkala kehilanganmu....
Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai. Dia menyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian daripada mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun… terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.
Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka…


TAJU:DIAM-DIAM RINDU
PENULIS:SYAHIRAH IBRAHIM
HARGA ASAL:RM22.90
HARGA JUAL:RM19.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun. Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?

TAJUK:CINDERELLA CINTA
PENULIS:JOHN NORAFIZAN
HARGA ASAL:RM23.90
HARGA JUAL:RM20.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah lama hilang. Aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. Benarkan aku hilang di dalam keabadian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya.Jika kau pergi, maka aku tidak akan dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. Aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. Hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. Hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar di atas paksinya. Hanya engkau…

TAJUK:SEINDAH WARNA PELANGI
PENULIS:YUSRUL EMIZA YUSUF
HARGA ASAL:RM23.90
HARGA JUAL:RM20.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Hati seorang Zahrul Azuan terluka bila isteri sendiri berlaku curang di depan mata. Namun yang lebih menyakitkan apabila saingannya bukan orang lain tetapi adik Hani Maisarah sendiri. kerana terlalu menyayangi, dia lebih rela menerima gelaran 'dayus' daripada berpisah dengan isteri kesayangan.  Kerana ingin membalas rasa sakit hati, Nur Indah diambil sebagai isteri. Nur Indah yang baik dan sabar dengan segala kerenahnya tidak pernah dihargai malah sering dilukai dan dinista. Kasih sayang terhadap Hani Maisarah tidak pernah pudar di hati. Zahrul Azuan tahu dia mengumpul dosa dengan membenarkan kemungkaran di dalam rumah sendiri, namun rasa sayang terhadap isteri telah mengambus sendiri rasa bersalah itu apatah lagi bila dia sendiri tidak pernah tahu arah kiblat.


TAJUK:KASIH PUN BERSATU
PENULIS:IZZA ARIPIN
HARGA ASAL:RM23.90
HARGA JUAL:RM20.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.
Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.
Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin.
Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.
Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.
Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi….
Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?


TAJUK:BUKAN TAK SUDI
PENULIS:MIMIE AFINIE
HARGA ASAL:RM23.90
HARGA JUAL:RM20.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.Kalau bulan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hatiAnis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru dari Mimie Afinie.


TAJUK:TERBANGLAH SAYANG
PENULIS:AINA EMIR
HARGA ASAL:RM23.90
HARGA JUAL:RM20.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inazdan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung. 
Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan. 
Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?
Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.
Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot? 
Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki. 


TAJUK:KABUS SENJA
PENULIS:RAMLAH RASHID
HARGA ASAL:RM24.90
HARGA JUAL:RM21.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Benarlah kata orang, dunia ini terlalu bnayak liku dan cabarannya. Aku pernah cuba menafikannya. Bagiku di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.In...aku telah cuba sedaya upayaku untuk memenangi hatimu. Aku tahu dia juga cuba menitip kasihmu namun aku lebih bernasib baik bilamana kau serahkan hatimu kepadaku untuk kubelai dan kubajai dengan kasih sayang kita bersama. Namun pengorbanan seorang sahabat membuatkan kau mengambil keputusan yang tak pernah kuduga. Apakah kau fikir kasih sayang boleh dipindah milik dan dijual beli sesuka hati? Kau ternyata salah, In..kau memperjudikan kasih sayang kita di lelongan masa dan kau menyandarkan hatimu yang parah kepada orang yang tidak tahu mahu menghargai kehadiranmu, sedangkan jalan pulang untuk kita semuanya sudah tertutup rapat. Aku rasa kehidupan ini kian tersepit dan terhimpit. Mereka yang ada di sekelilingku hanya tahu mencemuh dan membenci. Lalu...salahkah aku andai aku terus begini? Duhai masa, jawablah...


TAJUK:DAN MIMPI PUN BERGUGURAN (SOLD)
PENULIS:LIANA AFIRA MALIK
HARGA ASAL:RM24.90
HARGA JUAL:RM21.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Dia buta hukum. Icha hidup terumbang ambing tanpa pedoman. Dirinya ibarat layang-layang putus tali. Terbang melayang mengikut arah tiupan angin. Pertemuannya dengan Saiful Badar merubah segalanya. Dia dihamburkan dengan kasih sayang. Namun keindahan itu hanya sekelip mata. Ibarat hujan panas. 



TAJUK:KEPANGKUAN CINTA (SOLD)
PENULIS:EZDA AMANI
HARGA ASAL:RM20.90
HARGA JUAL:RM17.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Kenakalan Akmal Rezza membenihkan kebencian di hati Milia Ayuni. Kematangan Akmal Rezza membuahkan perasaan kasih di sanubari Milia Ayuni. Kesungguhan Akmal Rezza menyemarakkan api cinta di jiwa Milia Ayuni. Saat cinta mereka berpadu, mengapa harus ada rahsia yang tersingkap? Salahkah Milia Ayuni membawa lara hatinya saat Akmal Rezza terus membisu seribu bahasa, sedang segala rahsia telah terbentang di hadapan mata?
Rezza, belajarlah untuk menjadi seorang suami yang setia pada isterimu yang sedang sarat mengandungkan zuriatmu. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi melukakan hati ini. ~ Milia Ayuni
Ayuni, selagi nadi ini berdenyut, selagi itulah kau kucintai. Rezza yakin, Ayuni, kita sememangnya diciptakan untuk bersama. Rezza akan terus sabar menanti detik kepulangan Ayuni ke pangkuan Rezza.~Akmal Rezza.



TAJUK:ATAS NAMA CINTA
PENULIS:BIKAH NUR IDRIS
HARGA ASAL:RM20.90
HARGA JUAL:RM17.00
UNIT:2
SKALA:9/10
SINOPSIS:'Cinta ibarat berlianyang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.'
Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta- sepenuhnya.


TAJUK:HATI YANG LUKA
PENULIS:NORHAYATI BERAHIM
HARGA ASAL:RM21.90
HARGA JUAL:RM18.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Luka yang berbekam di hati amat sukar diusir. Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir. Maruahnya dipijak, perasaannya terkoyak. Adakah kerana latar belakang keluarga, dia dipersenda? Lantas diperkotak katik sewenang-wenangnya? Widad sedar... alangkah sakitnya menjadi manusia yang tak punya apa...



TAJUK:RINDU AKAN MEMANGGILMU
PENULIS:NUR HALIZA
HARGA ASAL:RM21.90
HARGA JUAL:RM18.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Cinta hadir tanpa sebarang isyarat ke dalam hati. Cinta lahir tanpa sebarang benih yang ditanam dalam naluri. Cinta sejati mempunyai akar yang kukuh, bisa berpaut di sanubari. Begitulah cinta untuk Liyana dan cinta itu adalah cinta pertamanya, membuatkan dia ternanti-nanti cinta pertamanya hadir kembali.
Dia mempertahankan tugu cintanya agar tidak dicemari oleh mana-mana cinta yang menyapa diri. Kemunculan Alfi sedikit sebanyak menggugat keutuhan tugu cintanya itu. Tembok yang memagari hati jadi semakin rapuh. Tiba-tiba Amir muncul. Lelaki misteri itu sering muncul di mana-mana, sehinggakan Amir menjadi perhiasan tidur mimpi-mimpi indah milik Liyana.
Apakah perasaan Liyana? Adakah dia mampu menyingkirkan setiap cinta yang mencuit-cuit tangkai hatinya? Berjayakah Alfi dan Amir merobohkan tembok penghadang yang kukuh melindungi sekeping hati Liyana? Dan, bagaimana pula dengan cinta pertama Liyana?


TAJUK:JIKA KAU KEKASIH
PENULIS:LIA AZIRA
HARGA ASAL:RM21.90
HARGA JUAL:RM18.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Ikin menjadi semakin bingung. Kenapa dengan dirinya? Haruskah dia terus membiarkan diri diheret kenangan silam yang menyakitkan dengan membiarkan kesedihan terus bersarang dan bermukim di hati tanpa mahu mencari penawarnya?
Dia tahu dia tidak sepatutnya meneruskan kehidupan yang sebegitu. Dia nanar memikirkan persoalan itu. Haruskah dibiarkan, tanpa mahu mencari jalan penyelesaian? Dia bimbang nanti diri umpama sebuah pelabuhan sepi. Dia ingin mencari bahagia tapai dalam waktu yang sama dia takut melukakan hati insan yang mencintainya. Jadi... apa yang harus dilakukannya?


TAJUK:TIADA BATASAN SAYANG
PENULIS:NORHAYATI BERAHIM
HARGA ASAL:RM21.50
HARGA JUAL:RM18.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Sudah tidak ada air mata untuk ditansigi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai.


TAJUK:B'COZ OF YOU....
PENULIS:NASS ALINA NOAH
HARGA ASAL:RM26.90
HARGA JUALRM23.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Matanya terpandangkan dompet Ice. Dikeluarkan isi di dalamnya tanpa ragu-ragu lagi. Dia duduk di birai katil bila terpandangkan sekeping gambar. Dahinya berkerut-kerut tidak percaya.
Eh, ni macam aku ni! Gambar itu dibeleknya. Tertulis di belakangnya Bawalah aku bersamamu, Ghazali...
Huh, nama tak handsome langsung! dengusnya entah cemburu atau marah. Tiba-tiba teringat akan kata-kata Boy tadi. Semakin menambah bingungnya.Ghazali? terlalu banyak yang ingin difikirkannya pada ketika ini.
Woi! kau buat apa ni!!! Leo menggeleng panjang di muka pintu, terkejut melihat keadaan biliknya. Tau la rumah aku rumah kau juga. Tapi..jangan la buat bilik aku macam lori DBKL.
Joe Ischander di belakangnya tergelak kuat. Dia sendiri pelik melihat Jericho hendak menaikkan taraf bilik Leo ini, daripada lori sampah DBKL menjadi tempat pelupusan sampah.Kau orang pernah dengar nama Ghazali tak? soal Jericho, tidak peduli rungutan Leo.
Ghazali? ulang Leo.Er...pelakon filem apa? sahut Joe Ischandar. Kalau pelakon yang handsome-handsome tu semua dia kenal!! tak kiralah pelakon pembantu ke...tukang pegang tombak ke..janji handsome!  



TAJUK:KASIHKU ARINA
PENULIS:MAZNI AZNITA
HARGA ASAL:RM25.90
HARGA JUAL:RM22.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Namun halangan demi halangan yang ditempuhinya dengan pihak polis Manila dan Kedutaan Malaysia membuatkan dia hampir kehabisan ikhtiar sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Alwiz. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa merelakan dirinya berada di bawah kawalan lelaki itu, dan terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya dihadapan anggota keluarganya yang lain.

TAJUK:KASIH TAK TERUNGKAP
PENULIS: ANNA RAIHANA
HARGA ASAL:RM29.00
HARGA JUAL:RM25.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Khairina menyimpan perasaannya kepada Khalif. Namun tak terluah kerana ibu Khalif amat membenci ibunya. Perkenalan dengan Ikhwan yang datang bercuti ke kampung mereka telah menyebabkan persahabatan terjalin antara mereka. Khalif jua menyimpan perasaan terhadap Khairina. Namun Ikhwan terlebih dahulu mencurahkan rasa hatinya buat Khairina dan sanggup meninggalkan keluarganya yang kaya-raya untuk mengikuti Khairina menyambungkan pelajarannya ke luar negara. Ikhwan akhirnya berkahwin dengan khairina tanpa pengetahuan keluarganya. Akhirnya Ikhwan di panggil pulang oleh keluarganya untuk menguruskan syarikat ayahnya. Dia meninggalkan Khairina tanpa mengetahui isterinya mengandung. Kepulangannya di sana disambut gembira oleh keluarganya. Ikhwan dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya untuk menyelamatkan syarikat ayahnya yang mengalami kerugian. Peristiwa tidak di sangka berlaku, Ikhwan telah mengalami kemalangan jalan raya dan ridak sedarkan diri.Khairina menderita kerana merindukan Ikhwan. Khalif sentiasa mengikuti perkembangan Khairina dan amat terperanjat mengetahui perkahwinan Kharina daripada ibu Khairina. Oleh kerana simpati jua masih ada rasa cinta di hati, Khalif sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga Khairina yang sarat mengandung di luar negara. Setelah habis pengajiannya di luar negara, Kharina telah pulang dan menemui suaminya yang telah berkahwin. pelbagai peristiwa berlaku, namun kasih mereka tak mampu dipisahkan..walau banyak hati terluka..ternyata cinta ada dihati..walau tak terungkap..tetap bahagia...walau hanya di hati..


TAJUK:AKU YANG TERLUKA
PENULIS:WANNIE NORDIN
HARGA ASAL:RM39.90
HARGA JUAL:RM36.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Dan kebencian itu terus menghambat diriku ke mana-mana sahaja sehingga menjadikan aku insan yang takut untuk mengenal erti jatuh cinta. Aduhai... Sesungguhnya aku adalah seseorang yang begitu bodoh untuk memahami dan menghargai setiap pengorbanan dan detik yang indah sehingga keindahan itu telah hilang semuanya. Tetapi percayalah... diri ini memang pernah jatuh cinta. Tetapi dengan siapa? Dengan Syahbani yang mengajar tentang keindahan cinta monyet di alam persekolahan ataupun dengan Idham yang mengajar erti pengorbanan sahabat sejati. Dan cinta? Adakah benar cinta itu bermula dari persahabatan.


TAJUK:KU BERSERAH
PENULIS:UMMI AZIRA
HARGA ASAL:17.90
HARGA JUAL:14.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh Safiyah dan Fahrin. Berat hati menerima keputusan keluarga namun atas desakan dan tidak mahu menyakiti hati keluarga, mereka bersetuju menerimanya. Safiyah berasa amat tertekan dengan kemahuan keluarganya . Amylia, kekasih Fahrin adalah satu-satunya wanita yang diimpikan menjadi suri hidupnya terpaksa berkorban dengan membenarkannya berkahwin walaupun tidak merelakannya.


TAJUK:CINTA DATANG LAGI
PENULIS:BIKASH NUR IDRIS
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM13.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:CINTA bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri. Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masingmasing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.
Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?
Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?



TAJUK:JENDELA HATI (SOLD)
PENULIS:AISYA SOFEA
HARGA ASAL:RM14.00
HARGA JUAL:RM10.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.Benarkah ''''ganti tikar'''' yang berlandaskan ''''keterpaksaan'''' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.


TAJUK:AD + IZ 
PENULIS:EURY ATHENE
HARGA ASAL:RM21.00
HARGA JUAL:RM17.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.


TAJUK:RESAH KASIH
PENULIS:EINA AFRINA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM16.00
UNIT:1
SKALA:9/10
SINOPSIS:Firda seorang gadis ceria yang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah. Dalam diam, dia terpaut hati pada Zarez yang berkerja di syarikat keluarganya. Kemelut cinta bermula bila mengetahui Lisa juga mencintai lelaki yang sama. Hakikat itu membuat Firda dalam dilema kerana Lisa adalah kakaknya. Lisa berusaha memiliki Zarez membuatkan Firda sentiasa memendam rasa. Hingga akhirnya kasih yang disulam terkubur kerana satu peristiwa. Sebagai wanita bermaruah, Firda nekad menamatkan segala impian. Dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Bertahun berpisah dan akhirnya mereka bertemu kembali. Dalam diam kasih mereka tidak pernah mati. Zarez kembali menagih janji yang pernah mereka lafazkan empat tahun dulu. Sayangnya, luka di hati masih terasa pedihnya. Walau sehebat mana pun lelaki yang datang, pintu hatinya tetap tertutup rapat untuk menerima cinta yang baru. Di saat-saat cinta kembali bertaut, hubungan mereka sekali lagi mendapat halangan. Sedangkan cinta di hati Firda hanya untuk Zarez seorang. Demi cinta Firda rela terluka. Demi kasih Firda terus menunggu. Akhirnya kekuatan cinta telah menyatukan mereka dalam ijab dan kabul. Lantas, bahagiakah mereka melayari bahtera perkahwinan?