Friday, January 21, 2011

SALE-SINOPSIS NOVEL PART 5


TAJUK:YANG TERINDAH
PENULIS:ANIS AYUNI
HARGA ASAL:RM15.00
HARGA JUAL:RM6.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?

TAJUK:LAGU RINDU
PENULIS:AYU EMELDA
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM8.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Aqmal amat mencintai Puteri Adalea tetapi dalam masa yang sama kasihnya sentiasa ditagih oleh Sofea. Gelagat Sofea membuatkan kasih Adalea kepada Aqmal sedikit malap. Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya. Perlukah Adalea memberi peluang kedua kepada Aqmal setelah dirinya dipersiakan? Bagaimana Aqmal menangani masalah cintanya terhadap Adalea sedangkan Sofea masih mengharapkannya hingga ke hujung nyawa?

TAJUK:SELAUT KASIH
PENULIS:AZILAWATI MAT ANGSAR
HARGA ASAL:RM14.00
HARGA JUAL:RM5.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Kasih sayang antara Najihah dan Jeffry ibarat bulan dan bintang. Kebahagiaan rumah tangga mereka umpama laut yang tenang. Janji setia yang mereka lafazkan tetap kukuh. Cinta mereka tidak pernah surut. Namun, ombak resah akhirnya mendamparkan mereka ke pantai dugaan. Najihah diperkosa oleh Faiz, lelaki pendendam yang cintanya ditolak oleh Najihah. Tragedi hitam itu menyebabkan Najihah jadi paranoid. Apatah lagi bila dia disahkan mengandung. Tapi anak siapa?Sebagai suami, Jeffry berusaha memahami perubahan Najihah yang jadi pendiam dan langsung tidak mahu disentuh. Tapi, ego lelakinya sering bertingkah dengan keadaan Najihah dan kemahuan kelelakiannya.Demi kebaikan bersama, Najihah memaksa Jeffry menikahi Sharlini sebagai isteri kedua. Konflik rumah tangga mereka semakin kalut, bila Sharlini bertindak merampas Jeffry sebagai ‘haknya seorang’ kerana kononnya Jeffry adalah bekas kekasihnya yang ‘dirampas’ oleh Najihah.

TAJUK:MASIH ADA RINDU
PENULIS:MIMIE AFINIE
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM8.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.

TAJUK:GELORA JIWA (SOLD)
PENULIS:AISYA SOFEA
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM8.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata! Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana? Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

TAJUK:CINTA TIADA AKHIRNYA
PENULIS:FAUZIAH ASHARI
HARGA ASAL:RM22.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.Inilah kisah...Cinta...Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang measih mencari diri dan cinta sejati.Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebarkan jiwa, Cinta...Tiada Akhirnya akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

TAJUK:KASIHKU ABADI
PENULIS:SHANIKA LATISHA
HARGA ASAL:RM15.00
HARGA JUAL:RM6.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Wana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumahtangga mereka diserikan dengan sepasang anak kembar Rayyan dan Ranis. Ternyata, pilihan keluarga juga membuahkan cinta dan bahagia.Kegembiraan mereka dirampas bila Risyam disahkan mengidap HIV positif akibat pemindahan darah. Risyam yang amat kecewa menganggap ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneriskan hidup.Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan Haiqal, bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba menggoda Wana agar kembali ke pangkuannya. Dengan cara halus, dia memporakperandakan rumahtangga Risyam dan Wana. Namun, keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya menangkis kejahatan manusia.Dalam doa ada harapan, dapatkah mereka terus menyulam kasih?

TAJUK:BISIKAN RINDU
PENULIS:MIMIE AFINIE
HARGA ASAL:RM16.00
HARGA JUAL:RM7.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:"Ada getar di dalam dada bila kau menyeru namaku"kisah percintaan yang agak biasa, boleh dikatakan stereotype, seorang gadis, Dina dicintai 2 lelaki.. shahrul, dina anggap sebagai kawan dan seorang lagi, Ikhwan adalah kekasih. konflik timbul bila Ikhwan sering  berprasangka walaupun Dina sangat ikhlas dan setia. 

TAJUK:KASIH ANTARA KITA
PENULIS:ALEYA ANEESA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM11.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?“Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! 

TAJUK:NILAI CINTAMU
PENULIS:EKA FAHARA
HARGA ASAL:RM16.00
HARGA JUAL:RM7.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula b erkocak.Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya. Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.

TAJUK:EGOIS
PENULIS:NORHAYATI BERAHIM
HARGA ASAL:RM12.00
HARGA JUAL:RM3.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Tetapi bagi Atia, sbg seorang perempuan dia tidak mahu mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sbg kekasih atau sekadar sahabat.
Lain pula dgn Fikri. dia sememangnya menyintai Atia ttp sengaja hdk menguji gadis itu. dia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang. Atia walaupun tidak mengaKu sebenarnya dia menyintai Fikri berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.
Kebetulan pula, selepas emak Atia, Ramlah meninggal dunia Atia diberitahu oleh ayahnya Haji Idris yg emaknya itu mempunyai seorang kakak. Kakak emaknya itu yg dipanggil Mak Long ada seorang anak bernama Azali.
seJak itu, setiap hujung minggu Atia selalu mengunjungi Mak Longnya. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Sesuatu yg Atia dan Azali tidak tahu ialah mrk tdk boleh berkahwin krn mrk sebenarnya adik-beradik. Sbenarnya, Azali adalah anak kandung Haji Idris berkahwin krn sblm mengahwini emak Atia, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long kpd Atia itu. Atia sgt kecewa apabila mengetahui kebenaran tersebut sehingga dia membuat keputusan utk ke luar negara.
Fikri menjadi kelam kabut apabila mendapat tahu Atia hendak berhenti kerja. Dia cuba menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Oleh kerana tidak mempunyai cara lain, Fikri terpaksa membuat pelan yg agak keterlaluan utk menjelaskan segalanya kpd Atia sblm gadis kesayangannya itu terlepas jauh. Dgn bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja lain, Fikri menculik Atia.


TAJUK:LAMARAN KEDUA (SOLD)
PENULIS:MA LEE CHUSWAN
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM11.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Kisah suka duka seorang gadis bernama Nina yang ditunangkan dengan sepupunya sejak dari sekolah. Tunangan nya pula adalah sepupunya sendiri anak kepada maklong nya(Jeff) yang mana maklongnya lah yang membesarkan Ninabersama Jeff. Setelah tamat sekolah Jeff pergi ke luarnegara melanjutkan pelajarannya.
Nina menunggu dengan setia. Tiba saat Jeff menjejakkan kaki di KLIA, hati Nina berkobar-kobar untuk menyambut kekasih hatinya. Malangnya jiwa nya hancur luluh apabila melihat Jefri bergandingan tangan dengan sang gadis Nur Ayu seolah2 Nur Ayulah kekasih Jefri.
Sejak dari itu, Nina berdendam tidak akan melayani Jefri yang telah meragut kasih sayang sejak kecil. Nina keluar dari rumah dan terus menyewa dirumah lain. Seterusnya hari-hari yang berlalu Nina bekerja keras dalam bidang peragaan sebagai pegawai pemasaran disamping menjadi model untuk iklan yang bersesuaian. Kerja keras nya untuk menghilangkan rasa kecewa yang dihadapi bersama Jefri.

TAJUK:KERANA DIKAU
PENULIS:SITI FARHAN MOHAMED
HARGA ASAL:RM10.00
HARGA JUAL:RM1.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Ianya mengisahkan seorang gadis yang tunduk pada kehendak bapanya yang mahukan anaknya berkahwin dengan seorang pemuda kaya dikampungnya itu. walaupun dahulunya dia amat meminati pemuda tersebut, kerana pemuda itu adalah kegilaan gadis2 dikampungnya itu, dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Setelah berkahwin, suaminya itu tidak melayaninya seperti seorang isteri. malah tempat tidurnya pun berasingan dari bilik suaminya. namun begitu dia masih lagi sabar dan terus bersabar.. sampai suatu ketika akhirnya kesabarannya terlerai juga. dia diceraikan, tetapi suaminya pula yang merasa bersalah, sedangkan dia menerima dengan senang hati.. 


TAJUK:KABUS KASIH
PENULIS:EKA FAHARA
HARGA ASAL:RM14.00
HARGA JUAL:RM5.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.
Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena.
Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.
Cuma satu persoalan... masih adakah cinta di dalam hati?


TAJUK:ADA CINTA DIMATANYA
PENULIS:ZURAISAH OTHMAN
HARGA ASAL:RM27.90
HARGA JUAL:RM19.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Kehadiran Lugman dlm hidup Farah membibitkan dua rasa.Perasaan benci dan rindu berselang seli.Ingin digapai cintanya,nostalgia periuk nasinya dicurah pasir bermain2 difikiran.Ingin ditolak cinta itu,Fitrah tak tahan menanggung rindu..



TAJUK:PELABUHAN KASIH
PENULIS:LILY SURIANI
HARGA ASAL:RM14.00
HARGA JUAL:RM5.00
UNIT:2
SKALA:5/10
SINOPSIS:Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.
Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!
Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.
Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.
Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

TAJUK:AIR MATA KASIH
PENULIS:NORHAYATI BERAHIM
HARGA ASAL:RM15.00
HARGA JUAL:RM6.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakhrulradzi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.
Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!
Tuhan menurunkan 'petunjuk bila Fakhrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holding milik Fakhrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun usahanya itu tidak berpanjangan bila fakhrulrazi kembali.
Di manakah Farah Diba selepas ini? Adakah dendam itu menjadi hitam? Hanya lelaki itu dapat menjawab persoalan ini!


TAJUK:TAK SEINDAH MIMPI
PENULIS:SHARIFAH ABU SALEM
HARGA ASAL:RM24.00
HARGA JUAL:RM15.00
UNIT:1
SKALA:5/10
SINOPSIS:Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.
Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.
Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?
Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.