Friday, January 21, 2011

SALE-SINOPSIS NOVEL PART 6


TAJUK:HATI YANG TERUSIK
PENULIS:NIA AZALEA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM10.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:Kisah yang begitu hebat ini mampu mengajak para pembaca menilai hati dan perasaan manusia dalam nilai kejujuran, kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Vanessa yang memeluk Islam berkahwin dengan lelaki pilihan semasa mereka masih menuntut di UK walaupun pernikahan mereka ditentang oleh Vincent Lee, bapanya.
Di sebalik pernikahan itu, terselit rasa benci Vincent terhadap Farhan apabila teringatkan anak sulungnya bernama Irene. Namun, Vanessa mendiamkan diri kerana itu adalah pilihannya. Dia masih tetap mencintai Farhan.
Langit tidak selalu cerah, apabila Vanessa dan Farhan dipanggil balik ke Malaysia tanpa sempat menghabiskan pengajian mereka. Tempoh perkahwinan mereka berdua tidak berpanjangan kerana Vanessa dipersiakan haknya oleh Farhan. Akhirnya, Vincent Lee meminta Vanessa berkahwin dengan Raymond.
Mengapakah Vincent amat membenci Farhan apabila terkenangkan Irene? Mudahkah Farhan melafazkan cerai apabila Vincent mahu Vanessa berkahwin dengan Raymond? Mampukah Vanessa menerima arahan bapanya itu? Apakah taktik yang digunakan oleh Vincent agar Vanessa patuh pada arahannya?


TAJUK:SEREDUP KASIHMU (SOLD)
PENULIS:NIA AZALEA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM10.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:KISAH silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.
Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.
Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.
Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.
Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan?


TAJUK:JAUH (SOLD)
PENULIS:AISYA SOFEA
HARGA ASAL:RM11.50
HARGA JUAL:RM1.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.
Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.



TAJUK:MANISNYA CINTA (SOLD)
PENULIS:ANIS AYUNI
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM7.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.


TAJUK:SEHANGAT ASMARA (SOLD)
PENULIS:AISYA SOFEA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM10.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....


TAJUK:RIA QISTINA
PENULIS:BIKASH NUR IDRIS
HARGA ASAL:RM15.00
HARGA JUAL:RM5.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.

Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?

Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat ''''setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?''''


TAJUK:SAAT CINTA BERSEMI
PENULIS:DAMYA HANNA
HARGA ASAL:RM18.00
HARGA JUAL:RM8.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.
Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.
Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?


TAJUK:SEPI TANPA CINTA (SOLD)
PENULIS:DAMYA HANNA
HARGA ASAL:RM18.00
HARGA JUAL:RM8.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!
Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.
Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


TAJUK:KAU SAYANGKU
PENULIS:BIKASH NUR IDRIS
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM7.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?


TAJUK:CINTA PERTAMA (SOLD)
PENULIS:NORHAYATI BERAHIM
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM10.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.
Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

TAJUK:SAMBUTLAH CINTAKU
PENULIS:BIKASH NUR IDRIS
HARGA ASAL:RM11.00
HARGA JUAL:RM1.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.
Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.
Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.
Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.


TAJUK:CINTA ABADI
PENULIS:NASIROH ABDUL RAHMAN
HARGA ASAL:RM11.90
HARGA JUAL:RM2.00
UNIT:1
SKALA:4/10
SINOPSIS:Cinta pertamanya hilang kerana mimpi semalam, menjadi satu epilog yang berterbangan. Namun kehadiran cinta kedua mengasyikkan, mengisi telaga hati yang keresahan. Lalu menjadi syurga sebuah cinta abadi.