Friday, January 21, 2011

SALE-SINOPSIS NOVEL PART 3


TAJUK:RAHSIA PERINDU (SOLD)
PENULIS:RAMLEE AWANG MURSHID
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM13.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.
Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. 
Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. 
RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia'''' ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain'''' sedang memerhatikan anda!

TAJUK:IMPIAN KASIH
PENULIS:LIZA ZAHIRA
HARGA ASAL:RM14.00
HARGA JUAL:RM7.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:SAKITNYA... bila cinta dikhianati. Justeru itu, Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran kasih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi.
Mulut menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa. Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia.
Ketika asyik menyulam rindu, muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakalanya Joo Eun pasrah. Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa menjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti.
Hazita terkedu! Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan wanita itu? Ah, dia nekad, Amer mesti kembali pada yang berhak!
Dalam merawat duka, Hairie datang menghulur salam. Janji kasih yang pernah dilafazkan hanya untuk sang ratu hatinya. Akhirnya Hazita akur, cinta itu sebagai rahmat dan nikmat. Dalam pahit bak hempedu, manisnya tetap dirasa...

TAJUK:ERTI RINDU INI
PENULIS:ZARA JUITA
HARGA ASAL:RM18.00
HARGA JUAL:RM11.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...
Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.
Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...
Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?

TAJUK:CINTA MEKAR DI HATI
PENULIS:ROSE HARISSA
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM13.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.
Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.
Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.
Tengku Alia Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!
Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran.

TAJUK:RANGGAU
PENULIS:RAMLEE AWANG MURSHID
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM13.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

TAJUK:DIA DI HATIKU
PENULIS:LIANA AFIRA MALIK
HARGA ASAL:RM32.90
HARGA JUAL:RM26.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:Cinta itu pernah hilang dari hidupnya. Pernah terlepas daripada dakapan kasihnya. Namun tidak dari hati dan perasaannya. Kembali ke pangkuan kekasih hati, dia leka mengulit bahagia. Dia terlena dalam pelukan asmara hingga melupakan kasih sayang insan kedua. Dan membiarkan permata hatinya terus tertanya-tanya... menimbulkan riak-riak curiga antara mereka... 


TAJUK:DIA LEBIH MENGERTI
PENULIS:NORHAYATI BERAHIM
HARGA ASAL:RM20.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya. Sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya.Tetapi lelaki yang bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkahkesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah? Bagi lelaki ini, cinta yang ditemuinya kali ini, cinta sejati.Bagaimana Umairah marah, bagaimana Umairah mengalah. Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah. Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada dihatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.


TAJUK:EMILYA ZULAIKA
PENULIS:ARIFF AFFANDY
HARGA ASAL:RM17.00
HARGA JUAL:RM10.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma.
Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...
Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.
Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi. 

TAJUK:AKU CINTA KYRA
PENULIS:RAMLAH RASHID
HARGA ASAL:RM18.90
HARGA JUAL:RM12.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:Kyrul Idham dilema rasa cinta terhadap adik angkatnya, Kyra Idora. Namun terpaksa melupakan hasratnya kerana persaingan dengan Hairee, adik kandungnya.





TAJUK:ANDAI ITU TAKDIRNYA (SOLD)
PENULIS:SITI ROSMIZAH
HARGA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM13.00
UNIT:1
SKALA:7/10
SINOPSIS:Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.""Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela."Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."