Friday, January 21, 2011

SALE-SINOPSIS NOVEL PART 4

TAJUK:MAHLIGAI IMPIAN
PENULIS:AZIAN ZAHRA
HARGA ASAL:RM18.90
HARGA JUAL:RM11.00
UNIT:1
SKALA:6/10
SINOPSIS:Segalanya berlaku tanpa pernah diduga.  Bermula drp sengketa setelah insiden berlanggar bahu, Kamarul terus dimusuhi Velina setiap waktu.  Kamarul sebelumnya terlalu dingin dengan setiap wanita, kerap pula dijejaki oleh Rohana rakan sekuliah Velina.  Kamarul tetap membisu.Takdir mengikat Kamarul-Velina menyebabkan zarul kekasih Velina tersingkir.  Perkahwinan terdesak dua remaja turut direstui Datuk Baharum, bapa Velina.  Perkahwinan yang mencipta perang dingin, walau sebumbung tapi tak sehaluan itu terus menguji kesabaran Kamarul biarpun kehadirannya disenangi oleh keluaarga Velina.  Dengan cabaran menghadapi kuliah dan masa yang sama diasak kerenah isteri, dia tetap tabah memberi perhatian sepenuhnya pada si isteri.

TAJUK:GEMERSIK KALBU (SOLD)
PENULIS:ANIS AYUNI
HAGRA ASAL:RM19.90
HARGA JUAL:RM12.00
UNIT:1
SKALA:6/10
SINOPSIS:Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


TAJUK:MENCARI CINTA
PENULIS:LEEYA MYRA
HARGA ASAL:RM15.00
HARGA JUAL:RM7.00
UNIT:1
SKALA:6/10
SINOPSIS:Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.Ilham kembali dari Jepun dengan status ''''suami orang''''. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat. Namun, setiap saat hatinya meronta. ''''Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham''''. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; ''''Hidup Baik-baik'''' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi! 

TAJUK:MEMORI (SOLD)
PENULIS:LIANA AFIRA MALIK
HARGA ASAL:RM21.90
HARGA JUAL:RM14.00
UNIT:1
SKALA:6/10
SINOPSIS:Erma tenggelam di dalam memori. Terbuai di dalam mega biru ciptaannya. Dia membiaskan wajah Daniel, sekali gus membunuh cintanya terhadap Zaki. Dia meninggalkan Shamsul kerana Tina lebih berhak. Dia terus bersama memori, memintal awan biru dan Daniel tetap kekasih dan suaminya yang terbaik walaupun lelaki itu telah tiada.  


TAJUK:DAH KATA DAH
PENULIS:LIANA AFIRA MALIK
HARGA ASAL:RM25.90
HARGA JUAL:RM18.00
UNIT:1
SKALA:6/10
SINOPSIS:Kalau nak dikatakan menyesal, memang aku kesal. kalau nak kata aku marah, memang tak terhingga rasanya marah aku ni. Tapi pada siapa nak aku luahkan kemarahan aku ni? Semua ni dah takdir. Dah tersurat dalam tulisan nasibku. Aku memang tak boleh nak mengelak!  


TAJUK:JEALOUS LA PULAK!
PENULIS:LIANA AFIRA MALIK
HARGA ASAL:RM25.90
HARGA JUAL:RM18.00
UNIT:1
SKALA:6/10
SINOPSIS:Kenapa Kuzer tinggalkan aku begitu aja? Salahkah apa yang aku cakap? kenapalah dia tak faham isi hati aku? Semua orang dah tak sehaluan dengan aku! Dia orang semua buruk sangka dengan aku. Tuduh aku tak setia. Tuduh aku tak reti menghargai perasaan orang lain. Aku bosan! Aku cuma nak Nudin berasa dihargai. Itu aja! Aku pernah terhutang nyawa dengannya...So dia dah terlantar macam tu, salah ke aku hiburkan hati dia?